Abdul Latiff Abu Bakar dalam buku beliau berjudul Peranan Media Dalam Pilihan Raya Persekutuan (1998) yang juga merupakan tesis Ph.D beliau , menfokuskan kajian beliau ke atas peranan Utusan Melayu dalam Pilihan Raya Persekutuan 1959  dan 1964.

 

Beliau mendapati peranan Utusan Melayu dalam Pilihan Raya Persekutuan 1959 selari dengan teori tanggungjawab sosial di mana kebebasan akhbar dikaitkan dengan kebebasan bersuara individu dan kedua-dua kebebasan asas ini dilihat sebagai hak moral (moral right) yang tidak boleh diganggu-gugat oleh negara. 

Pada masa ini Utusan Melayu adalah dibawah pimpinan Said Zahari (1959-1961). 

 

Walaubagaimana pun, peranan Utusan Malaysia pada Pilihan Raya Persekutuan 1964 adalah lebih ditentukan oleh teori media pembangunan. Teori media pembangunan menekankan hakikat bahawa media massa, terutama media yang dikuasai oleh kerajaan digunakan untuk tujuan pembangunan negara.

 

Apa yang lebih menarik teori ini juga berpandangan bahawa pihak media yang lain (bukan kerajaan) sepatutnya menyokong pihak pemerintah.  Semasa berlangsungnya Pilihan Raya Persekutuan1964 Utusan Melayu Jabatan Pengarangnya diketuai oleh Melan Abdullah (1964-1972). 

 

Sehingga kini semua akhbar milik kerajaan terikat dengan teori media pembangunan.

 

Rujukan

1.                  Abdul Latiff Abu Bakar. 1988. Peranan Media Dalam Pilihan Raya Persekutuan.

Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.

 

……. bersambung

Advertisements